Thursday, July 7, 2011

Semanis Cinta Neslo

Jam ditangan baru sahaja menunjukkan waktu 7.15 pagi, namun Fiona telah pun tiba di pejabat barunya walaupun waktu bekerja bermula jam 8.30. Hari ini merupakan hari pertama Fiona bekerja di Nexira Corp. Fiona bertekad ingin memulakan kembali kehidupannya yg telah hilang sejak peristiwa hitam dulu.

Ketika jam menunjukkan jam 8 pagi, Fiona bingkas bangun dari kerusi di ruang legar kaki lima pejabat. Hatinya berdebar-debar untuk memulakan pekerjaan di tempat baharu. Setibanya Fiona di hadapan kaunter, dengan wajah yang manis dan suara yang sopan, Fiona menuturkan kata.

"Assalamualaikum....."
" waalaikummussalam... ya cik boleh saya bantu?"
" Sebenarnya hari ini hari pertama saya memulakan kerja di sini. Boleh saya tahu dimana saya                hendak berurusan seterusnya? 
"oh...boleh saya lihat surat tawaran Cik?"
"Sebentar ya, saya ambil dari fail saya.....Ini dia cik surat tawaran saya"
" ohh...Cik Fiona.....Cik Fiona boleh terus ke bahagian HR di tingkat 8 untuk melaporkan diri.
"Terima kasih Cik..."

Setelah melaporkan diri di bahagian HR, Fiona di tempatkan di bahagian kewangan di tingkat 11. Fiona sangat gembira bekerja di tempat baharu kerana mempunya rakan-rakan yang baik dan banyak membantu Fiona.

Hari kedua...

"Awal sangat pula aku sampai pejabat hari ini. Nak terus masuk pejabat pun mesti belum ada kawan-kawan lain yang tiba. Lebih baik aku pergi sarapan dahulu" bisik hati kecil Fiona Setelah menjumpai kedai makan yang dirasakan menarik, Fiona terus masuk ke kedai tersebut.

"Alamak...ramainya orang kat kedai ini. macam dah tiada tempat duduk jer. Fikir Fiona sambil anak matanya mencari-cari tempat kosong. Fiona mendapati di hujung dalam kedai ada tempat kosong, lalu Fiona segera menuju ke tempat tersebut. Baru sahaja Fiona menarik kerusi, kerusi yang bertentangan dengannya juga ditarik serentak.

"Maaflah Cik, saya tak perasan pula Cik punya tempat duduk" tegur sopan seorang jejaka di hadapannya. "saya pun baharu sahaja tiba di kerusi ini. Kalau encik nak duduk, encik duduklah. Saya cari tempat lain. Bicara Fiona. "Saya ini datang seorang, meja ini pun untuk 4 orang. Kalau cik datang hanya seorang sahaja, cik boleh duduk di bucu sini dan saya pula akan duduk di bucu sebelah sana" cadang jejaka terbabit. Fiona pun bersetuju dengan cadangan tersebut.

Tidak lama kemudian, pelayan restoran pun sampai. "Abang...kakak...nak minum apa?" "Neslo Ais" jawab Fiona dan jejaka tersebut serentak. Fiona dan jejaka tersebut berpandangan sambil tersenyum. "Makan pula?" tanya pelayan tersebut. "Beri saya nasi lemak telur goreng" pinta jejaka tersebut. "Saya pula nak makan roti telur kuah kari ek" kata Fiona.

Setelah beberapa ketika masing- masing buat hal sendiri, jejaka tersebut secara tiba-tiba bertanya. "awak kerja  Nexira Corp?" "Fiona terkejut lalu berkata" Mana encik tahu saya bekerja di situ?" "Buku nota di hadapan awak itu kan ada lambang syarikat Nexira Corp" jejaka itu berkata sambil tersenyum. "oh..encik tahu la lambang Nexira Corp?" Tanya Fiona. "Sambil tersenyum sinis, jejaka itu menjawab "Mestilah tahu kerana saya juga staf Nexira Corp."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Johan, kau makin rapat yerk dengan staf baru tue..." Perli Siva. "Ala...kawan sahaja la. mana ada apa-apa yang istimewa" Jawapan Johan. "Gila la kau, awek comel camtu pun kau takde perasaan. Aku tengok muka putih. Rambut panjang warna perang. Tutur kata dia pun lembut jer" Usik Daus. "Ish..aku cuma kawan la. Aku pun baharu jer kenal dia 3 bulan. Takkan la aku nak terus ngorat pula. balas Johan. " Ha...kata-kata kau pun seperti memang kau ada hati nak mengorat Fiona jer. hahaha..."ketawa Daus. Johan hanya tersenyum melihat telatah kawan-kawannya. Bukan sekali dua mereka semua mengusik dia  dengan Fiona.

"Johan, esok kau jadi tak pergi ke majlis perkahwinan Syeila? tanya Radzi. Insyaallah mesti jadi punya. Lagi pun aku bukannya ada komitmen macam kau. Umur baru 26 dah ada anak 3. hahaha..." Usik Johan."Itulah rezeki namanya. hahaha.. esok ada pertukaran tempat berkumpul. Jam  9 pagi kita jumpa di tempat letak kereta belakang pejabat. "Aik..kenapa tukar tempat? bukan hari itu cakap kita semua berjumpa di plaza tol? "Entah la Johan, aku pun tak tahu. kau ikut jer la apa perancangan kawan-kawan kita itu. Aku pun malas nak tanya".

 keesokan harinya..

"Ish..ish...mana mereka semua? takkan tak bangun pagi lagi. 15 minit lagi jam 9 pagi." Geram Johan. sendirian. "Assalamualaikum..." sapa satu suara dari belakang Johan. "waalikummussalam..eh Fiona. buat apa datang pejabat hari sabtu?" Tanya Johan. "saya pun nak pergi majlis Syeila. Kawan-kawan beritahu semalam semuanya berkumpul di sini" Terang Fiona. Dalam hati Johan terdetik sesuatu "Aku macam dah terkena dengan permainan kawan-kawan jer".

"Sekejap yerk, saya hubungi yang lain" kata Johan sambil mendail di telifon bimbitnya. "Hello...Daus, ada di mana sekarang ini? di sini hanya aku dengan Fiona..." Soal Johan. Tiba-tiba di hujung talian terdengan gelak ketawa Daus dan rakan-rakan" ha..ha..ha.. kami dah gerak la. Nie ada kat lebuh raya. Kau bawa la Fiona yerk. Senang sikit kau nak tekel dia. hahaha..."

"Na..kita dah kena tipu. Mereka semua dah gerak pergi majlis. Mereka dah ada di lebuh raya." beritahu Johan kepada Fiona. "hah...mereka tinggalkan kita berdua jer?" soal Fiona. "haah..mereka kenakan kita. dah la, jom naik kereta. nanti lambat pula kita tiba ke majlis".

"Seronok kerja di sini?" Tiba-tiba Johan bertanya. "Mestilah seronok. Saya dapat banyak kawan yang sporting dan gila-gila. Saya dapat bina kembali kayakinan diri. saya dapat lupakan kisah-kisah lama yang menyakitkan hati saya. Johan terdiam sambil fikirannya berfikir. "Bina keyakinan? Kisah lama? Pasti ada sesuatu yang menghantui Fiona sebelum ini."

"Sebenarnya, saya pernah bertunang sebelum ini." Tiba-tiba Fiona meluahkan perasaan yang terbuku dihati. Johan hanya mendengar tanpa memberi apa-apa respon. "Dia tinggalkan saya kira-kira lagi 3 bulan kami nak dinikahi. Dia beritahu yang saya tidak sesuai menjadi isterinya. Kalau betul saya ini bukan calon terbaik untuk jadi seorang isteri, kenapa perlu dia bertunang dengan saya?" Sebak hati Fiona sambil berbicara."Kita rehat sebentar di R&R Genting Sempah boleh?" cadang Johan tanpa menjawab soalan yang dicetuskan oleh Fiona."ok.." jawap Fiona ringkas.

"Nah...Nestlo Ais kaw untuk Na" Thanks Johan...awak tak nak makan?" "Kalau Na tak nak makan, saya pun taknak makan juga" kata Johan. " ala...jangan la macam ini. Oklah, saya nak makan nasi lemak biasa" "ha...barulah saya pun ada semangat nak makan." senyum Johan. Fiona juga tersenyum. "Johan..awak perasan tak yang setiap kali kita jumpa, mesti kita akan minum Neslo ais kan? "haah la, saya pun baru perasan. Kira baguslah tue. Nestlo tue kan dua kombinasi hebat antara dua produk yang berbeza tetapi menjadi satu hasil yang sangat sedap. sama la macam kita.!!"

"Macam kita? apa maksud awk?" Tanya Fiona kehairanan. "awak ibarat nescafe dan saya pula ibarat milo. Bila disatukan akan menghasilkan Neslo yang enak berkrim disukai ramai, hehehe" gurau Johan. "Ah...awak ini, main-main pula dengan saya ek!!" Kata-kata fiona sambil tersipu-sipu malu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"kita nak makan malam kat atas menara KL nie?" Tanya Fiona. "Memang saya nak bawa awak makan di Restoran Berputar Seri Angkasa ini. kenapa?" tanya Johan kembali."tak mahal ke makan di sini?" Fiona mula merasa gundah gulana. "Sesekali makan di tempat-tempat mewah macam ini apa salahnya" Jawab Johan.


 Sedang mereka sedang makan, datang seorang pemain biola sambil memainkan sebuah lagu...

"Fiona terkejut lantas melihat Johan dengan rasa hairan. Johan lantas memberi ungkapan " Selamat hari lahir Fiona." Fiona yang tersenyum sambil mengungkapkan kata-kata " Terima kasih Johan. awak memang dah rancang dari awal kan?" "Hahahaha...saja jer nak buat kejutan untuk kawan rapat saya yang ini" "Jadi, mana hadiah saya?" Fiona mengusik. "Hadiah memang ada tapi takut Fiona tak sudi terima..." nada sedih Johan.

 "Saya gurau la. Saya tak perlukan hadiah, Awak bawa saya makan di tempat mewah macam ini pun dah cukup saya anggap satu hadiah yang bermakna." Pujuk Fiona. "Oklah, ini hadiah dari saya. Jangan ketawa tau...!!" Sambil Johan menghulurkan sepeket Neslo 3 dalam 1 kepada Fiona. Neslo????? Fiona mengerut dahinya manakala Johan ketawa terbahak-bahak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hari ahad bila hujan renyai sebegini memang seronok kalau bangun lewat" kata hati Fiona sebaik selesai mandi. Sejuk-sejuk ini kalau minum air panas mesti segar rasanya. Huh...baru teringat neslo yg Johan beri malam tadi. Berguna gak hadiah gila-gila Johan dikala kesejukan. hehehe" Fiona segera mengambil Neslo di dalam beg tangannya lalu menggunting bucu plastik dan menuangkankannya di dalam cawan. Ketika Fiona hendak meletakkan air panas di dalam cawan tersebut, Fiona terperasan sesuatu...


 "Eh...apa benda di dalam neslo ini?" Hati fiona tertanya-tanya. Lalu Fiona menguit benda tersebut menggunakan jari. "Eh...benda ini......??? Johan??? Fiona tersenyum setelah mengetahui benda yang berada di dalam serbuk neslo yang diberikan Johan malam tadi.

Enam bulan kemudian...

"Aku terima nikahnya Fiona Syakira Syezreen Binti Mohd. Syajiri dengan mas kawinnya RM500 tunai...."

 "Abang....terima kasih kerana memilih sayang sebagai isteri abang.." Fiona berbisik manja di telinga Johan." nasib baik sayang tak buang neslo yang abang beri malam itu kan? hahaha..." gelak Johan. "Abang saja je nak usik sayang kan? ada ke patut letak cincin dalam serbuk neslo?" "Ala....kan mula perkenalan kita melalui neslo, jadi apa salahnya abang melamar sayang menggunakan neslo? terang johan. Fiona tersenyum sambil mencubit manja suaminya.

"Abang....nak pesan minuman apa? tanya pelayan di sebuah medan ikan bakar di persisir pantai. "Anak ayah nak minum apa?" tanya Johan kepada anak pertamanya Amirul yang sudah berusia 3 tahun. " Abang nak minum Neslo macam ayah dengan mama selalu minum. "Johan tersenyum sambil memandang isterinya. "kalau macam itu, beri air Neslo ais tiga" kata Johan kepada pelayan tersebut.
 " Nanti anak kedua kita juga akan suka minum Neslo Ais macam abang dia..."kata johan tersenyum sambil mengusap perut isterinya yang sedang hamil 6 bulan. Fiona menjawab "keluarga kita memang tak dapat di pisahkan dengan Neslo Ais la kan bang?" Johan hanya tersenyum sambil lembut berkata "Semanis Cinta Neslo" Fiona dan Johan tersenyum....

0 ulasan:

Post a Comment