Tuesday, August 23, 2011

kampungku.....

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata


Begitulah bait-bait lagu Sudirman yang hatiku menyanyi keriangan ketika pulang ke kampung bebaru nie. Walaupun puasa baru sahaja masuk minggu pertama namun aku tetap pulang untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga di kg. Adik dan kakak aku juga turut pulang untuk memeriahkan suasana.

Oleh kerana aku pulang keseorangan ke kg kerana isteriku tak dapat mengikutku pulang atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan, maka aku membuat keputusan utk pulang dengan menaiki bas. Selain dari boleh rilekskan anggota badan, aku juga boleh melelapkan mata .

Aku menaiki bas dari stesen bas sec 17, S.Alam pada jam 2 petang dan selamat tiba di Stesen bas Teluk intan pada jam 5.20 petang. Tiba di sana, abah telahpun setia menunggu kedatanganku. Thanks abah....

0 ulasan:

Post a Comment