Tuesday, August 23, 2011

Pelangi Aidilfitri

"Saya nak batalkan majlis perkahwinan kita" kata-kata Zairul yang masih kedengaran di telinga Kaira walaupun setelah seminggu Zairul mengatakan hasrat untuk menamatkan hubungan mereka berdua. Sejak peristiwa tersebut, Kaira mengalami tekanan perasaan yang sangat hebat. lebih-lebih lagi bila mereka sepatutnya diijab kabulkan lagi 3 bulan.

"Kenapa abang mahu putuskan hubungan kita? apa salah sayang?" Tangis Kaira menantikan jawapan dari Zairul. "Saya rasa kita ini tak setaraf. malah keluarga saya juga setuju dengan keputusan saya" Jawab Zairul.
"kenapa baru sekarang abang anggap kita tak setaraf? kenapa abang bertunang dengan sayang kalau sayang tak setaraf dengan abang? kenapa lagi tiga bulan nak bernikah, abang baru sedar tentang taraf kita?" Bertalu-talu Kaira menyoal tindakan Zairul yang baginya amat keji.

"Saya dah ada pilihan lain..." Jawab Zairul tanpa rasa bersalah. Kaira terkejut seperti disambar halilintar. "Oh...dah ada yang lain. Hari ini minta putus sebab kita tak setaraf tapi dah ada pengganti? Huh...Zairul, kau memang lelaki durjana. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila.!!!"

Bulan berganti bulan, jiwa Kaira masih tidak tenteram. hatinya hancur remuk apabila orang yang amat dicintainya mengkianati kejernihan suci cinta yang Kaira berikan selama ini. Tekanan yang kuat membuatkan Kaira nekad untuk membunuh diri. "Aku tak mahu hidup lagi...!!!" jerit hati kaira.

Pada awal pagi, Kaira pergi ke sebuah jambatan landasan kereta api yang telah lama tidak digunakan. Kaira memang ingin menamatkan riwayatnya dengan cara terjun ke dalam sungai melalui jambatan tersebut. Kaira rasa itulah jawapan yang dia temui untuk melupakan segala tekanan perasaan, malu dengan orang-orang sekeliling terutama keluarganya. Kaira tak cukup kuat untuk harunginya.

Sedang Kaira berdiri menunggu saat yang dirasakan sesuai untuk terjun, tiba-tiba suara seorang lelaki menegurnya.." woi perempuan gila...." Kaira yang rasa bengang terus memandang ke arah suara tersebut. " kau siapa? suka-suka hati cakap aku gila. "Aku Iskandar tapi orang panggil aku Is. Aku saja jalan-jalan di kampung kawan aku. tak sangka hari pertama di sini aku dah jumpa orang gila"

"Kurang ajar mulut kau ek...masuk kampung orang dah buat perangai" marah Kaira. "huh...biar mulut kurang ajar tetapi jangan jadi gila" sinis Is. " Siapa gila? suka-suka hati sahaja tuduh aku gila." "Kau la gila..!!" Jerit Is sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah Kaira. Hati Kaira bertambah panas bila orang yang tak dikenali tiba-tiba memanggilnya gila.

"woi lelaki. kau suka-suka hati cakap aku gila. aku tumbuk nanti baru tahu..." Kata Kaira sambil menunjukkan penumbuk kepada Is. " Tak gila kau cakap? dari tadi aku perhatikan kau. mengikuti setiap gerak geri kau, aku yakin kau nk bunuh diri kan? Hanya orang takde Otak sahaja yang nak buat kerja-kerja gila ni. Mana agama yang kau amalkan? mana keimanan kau? "

Kiara rasa bagaikan baru tersedar dari lena tanpa mimpi. "Ya...Allah apa yang aku nak buat ini...!! Kaira terus menangis semahunya manakala Is hanya memerhatikan Kaira tanpa menghalang Kaira dari menangis. Sambil menangis, Kaira menceritakan masalah yang dihadapinya. Is hanya mendengar tanpa memotong apa saja luahan dari Kaira.

Setelah puas Kaira melepaskan segala beban yang ditanggung, Is pula bersuara. "kalau kau rasa kau akan mati bila terjun ke dalam sungai, Insyaallah aku akan cuba selamatkan kau dengan terjun sekali walaupun aku tidak tahu berenang." Kata-kata Is mengurangkan esak tangis Kaira. "Sudah la perempuan gila, aku nak balik rumah kawan aku sekarang, aku balik nanti, pandai-pandai la fikir untuk kehidupan kau. Kalau kau rasa kau memang gila macam tanggapan aku, kau teruskanlah...." Is mula bergerak meninggalkan Kaira sendirian.

Kaira secara sepontan menjerit terhadap Is "Awak...saya dalam keadaan macam ini pun awak nak tinggalkan saya sorang-sorang? nanti kalau saya betul-betul terjun macam mana?" Is langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadap Kaira. hanya kata hati Is berbisik "kau tak akan terjun".

setahun berlalu...

"Assalamualaikum...." ucap Is.

"waalaikummussalam.." jawab Indra.

"ha...kau Is, ingatkan tak sudi datang beraya rumah aku. jemputlah naik." Pelawa Indra. "takkanlah aku tak sudi beraya rumah kau pula. kan kau kawan rapat aku sejak belajar di universiti." "Baguslah kalau kau masih ingat persahabatan kita Is. kau datang rumah aku ini seorang je ke?" soal Indra. "macam biasa la, aku nak bawa siapa pun. Bukannya ada isteri macam kau."

"kau ini....carilah calon untuk jadikan isteri. Umur pun dah meningkat. Majlis perkahwinan aku dua bulan lepas pun kau tak hadir" Indra berkata dengan nada sedih. "bukan aku tak nak datang tapi masa itu aku ada kerja kat Dubai." " Itulah kau, gila kerja sangat. sebab itu sampai sekarang jangan kata tunang, awek pun kau takde."

"Jemputlah makan kuih tue. rendang ayam dengan tiga jenis kuih ini isteri aku yang buat." pelawa Indra. "wow...seronoknya hidup kau ek dapat isteri yang pandai masak." "Tue la kau, dari dulu lagi aku suruh cari awek tapi kau yang taknak. sampai sekarang ini kau masih keseorangan" Is hanya tersenyum. "Eh mana isteri kau? apa nama dia? "soal Is. "Diana namanya. tadi dia pergi ke rumah nenek dengan ayah aku"

"Assalamualaikum..." terdengar suara ramai berirama mengucapkan salam."Waalaikummussalam.." jawab Indra. "Nadia ada tak?" Tanya salah seorang dari lima sahabat. "Ada di dalam. jemputlah masuk" Pelawa Indra terhadap rakan-rakan adiknya. Duduk di ruang makan bahagian tengah ya." tambah Indra lagi.

"Siapa yang datang? Tanya Is kepada Indra. "Ala...kawan-kawan adik aku si Nadia tu..." jawab Indra acuh tak acuh. "So macam mana kerja kau di Dubai tu, dah selesai ke?" Tanya Indra. "Alhamdulillah dah selesai. itu yang aku boleh cuti raya sampai dua minggu. "ooo..eh tambah la lagi lemang dengan ketupat itu. Aku tahu kau rindukan masakan Malaysia kan?" "Ni aku nak tambah la. sedap masakan isteri kau ek..."
sedang Is dan Indra sedang rancak berbual, tiba-tiba Is terpandang ke salah seorang daripada rakan Nadia. "Indra...siapa nama perempuan yang pakai baju kurung biru tue?" tanya Is tanpa matanya beralih melihat gadis tersebut. "Entah la, aku pun bukannya kenal kawan-kawan adik aku. kenapa dengan dia?" Takde apa-apa cuma dia itu comel la." 

"Kau berkenan ke? sekejap aku panggil Nadia." Indra terus bangun tanpa mendengar jawapan dari Is. "Ok ini aku bawa Nadia jumpa kau. So tanyalah cepat!!" "Tanya apa ini? apa yang abang Is nak tanya Nadia?" Nadia merasa kehairanan apabila abangnya Indra tiba-tiba menariknya dengan mengatakan kawannya Is ingin bertanyakan sesuatu.

"Siapa nama kawan Nadia yang berbaju kurung biru itu? Is melontarkan persoalan. Indra pula hanya tersenyum. "Kaira namanya. kenapa?" soal Nadia kembali. "Ish kau ini adik, takkanlah tak faham apa-apa maksudnya kalau lelaki tiba-tiba tanya pasal seseorang perempuan" Perli Indra."Ooo....Nadia dah faham. Nak Nadia kenalkan ke? Si kaira itu memang belum berpunya." Terang Nadia.

"Cantiklah, memang jodoh kau la tue Is." Indra berkata sambil menepuk bahu Is. "Kau ini, pandai-pandai je. aku saja suka-suka la tengok dia tadi." Jawab Is. "Ini nak Nadia sampaikan apa-apa tak kepada Kaira?" Tanya Nadia kepada Is. "Cakap dengan dia yang saya beritahu yang dia perempuan gila" "hah!!!" Nadia dengan Indra terkejut. "Kau ini Is, raya-raya macam ini kau nak cari pasal dengan orang pula. patutlah sampai sekarang takde awek lagi." tegur Indra.

"Nadia...awak buat jer apa yang saya suruh. Awak takkan tahu jika awak tak lakukannya dan awak akan terkejut dengan reaksinya nanti" Terang Is. "Oklah, Nadia ikut apa kata abang Is tapi kalau ada apa-apa berlaku, Nadia tak masuk campur tau...!!" "strategi apa kau guna ini Is? tak pernah aku jumpa orang ngorat guna cara macam ini.."Berkerut dahi Indra kerana hairan melihat tindakan sahabatnya, manakala Is hanya tersenyum.

"Kaira...kawan abang aku suruh sampaikan sesuatu kepada kau" "Sampaikan apa?" soal Kaira kembali. "Dia suruh cakap yang kau ini perempuan gila". Kata Nadia dengan berhati-hati takut dimarahi Kaira. "Hah....kenapa dia cakap macam itu? jom ikut aku jumpa kawan abang kau itu" Kaira terus bangun dan menuju ke ruang hadapan rumah.

"Assalamualaikum Kaira, sayalah yang suruh Nadia cakap yang awak ini perempuan gila" Is terus menyapa sebaik Kaira berada di hadapannya. "Awak....." Hanya itu yang mampu Kaira ungkapkan dari mulutnya. Dia seakan-akan kaku. Lidahnya kelu manakala jantungnya berdegup kencang. Indra dengan adiknya Nadia pula berlalu meninggalkan mereka berdua kerana ingin melihat dari jauh bagaimana mereka menyelesaikannya.

"Cantik awak sekarang. Tak macam setahun lalu masa saya jumpa di atas jambatan hujung kampung itu" Puji Is terhadap Kaira. "Macammana awak masih ingat saya sedangkan dah setahun berlalu. Malah pertemuan dulu pun hanya bertemu kira-kira setengah jam." tanya Kaira kepada Is. "bagaimana saya boleh lupa perempuan gila yang secantik awak?" "Awak ini...." Kaira tersipu malu. Seterusnya Kaira dan Is terus berbual rancak.

"Abang....macam mana perli seseorang itu perempuan gila boleh jadi teknik mengorat pula?" tanya Nadia kehairanan apabila melihat gelagat Is dan Kaira." itu yang abang pun rasa pelik. Agaknya Is belajar teknik mengorat ini kat Dubai kot. Nadia dan Indra terus kehairanan.....

Air Mata Langit


air mata langit yg berguguran,
mengundang suhu menjunam jatuh

sejuk..
beku..
kaku..
kejang..
menggigil...

merenung aku ke mata langit
mengharapkan ia berhenti menangis..


Nukilan aku yang kesejukan di opis
22 Ogos 2011
Jam 3.03PM

kampungku.....

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata


Begitulah bait-bait lagu Sudirman yang hatiku menyanyi keriangan ketika pulang ke kampung bebaru nie. Walaupun puasa baru sahaja masuk minggu pertama namun aku tetap pulang untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga di kg. Adik dan kakak aku juga turut pulang untuk memeriahkan suasana.

Oleh kerana aku pulang keseorangan ke kg kerana isteriku tak dapat mengikutku pulang atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan, maka aku membuat keputusan utk pulang dengan menaiki bas. Selain dari boleh rilekskan anggota badan, aku juga boleh melelapkan mata .

Aku menaiki bas dari stesen bas sec 17, S.Alam pada jam 2 petang dan selamat tiba di Stesen bas Teluk intan pada jam 5.20 petang. Tiba di sana, abah telahpun setia menunggu kedatanganku. Thanks abah....

Wednesday, August 3, 2011

UPKPg tinggal kenangan....

Pihak atasan IT UiTM Shah Alam telah pun membuat perstrukturan baru yang merombak keseluruhan unit dalam bahagian IT. Melalui perstrukturan baru tersebut, unit aku yang terdiri dari 5 orang telah dipecahkan ke bahagian lain.

FARIDAH ARYANTI ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Latihan & Kualiti

AZIZAH ISMAIL ditukarkan ke Perkhidmatan Bantuan Pengguna

Aku  ditukarkan ke Operasi Sokongan Pengguna

MOHD SUHAIMI ditukarkan ke Bahagian Operasi Aplikasi

KHAIRUNNISA ditukarkan ke Bahagian Pembangunan

Dengan ini maka lenyaplah nama unit aku untuk selama-lamanya. Sempena pembubaran unit, kami telah membuat jamuan di Noodle Station, SACC MALL, Shah Alam.
 Mango Snow
 Ice Cream Cappuccino
 lebih sejengkal cawan nie..
 French Fries + Tempura
 BIG APPLE DONUTS
 SELAMAT MAJU JAYA EX-UPKPg