Tuesday, February 8, 2011

Gerimis di Hati

"Assalamualaikum, namaku Remy. Umurku baru menginjak masuk 27 tahun. Aku amat meminati muzik dan aku juga menjadikan muzik sebagai pekerjaan tetapku. Aku juga merupakan penyanyi utama kugiran Black Platipus. Band aku nie selalu terlibat dalam kugiran majlis perkahwinan."

"Aku juga mempunyai seorang awek yang bernama Dahlia Elina. Aku hanya memanggilnya dengan nama Lia. Umur Lia baru 24 tahun. Lia bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku mengenali Lia pun secara tidak sengaja apabila kami kemalangan selepas pulang dari konsert Linkin Park.Tempoh percintaan kami telah berusia 2 tahun.

Lia sering bertanyakan tentang alam perkahwinan kepadaku namun aku hanya menyuruh Lia bersabar. Bukan aku tidak mahu mengahwininya tetapi aku bukannya ada pndapatan tetap. Hidupku kini pun kadang kala tersepit dengan masalah kewangan, inikan pula nak beri makan anak orang.

Sejak akhir-akhir ini, aku dapat rasakan ada perubahan dalam diri Lia. Lia bagaikan merahsiakan sesuatu yang tidak dapat aku pastikan. Ketika aku ada kesempatan bersamanya, aku mengambil peluang untuk meluahkan apa yang bermain-main difikiranku.

"Abang tengok Lia ini semakin berubah. Abang hubungi dan SMS pun jarang dapat respon dari Lia.Lia ada masalah apa sebenarnya?" Tanyaku. "Tiada apa-apa, Lia cuma sibuk dengan tugas-tugas di pejabat" jawab Lia. "hmmm... ok" Jawabku acuh tak acuh.

"Minggu ini abang ada kugiran di mana?" Tanya Lia kepadaku. "Minggu ini abang ada kugiran di Petaling Jaya dan juga Klang. Dalam sebulan dua ini abang memang sibuk sebab rezeki datang mencurah-curah. Tiap-tiap minggu ada jer majlis yang perlu khidmat band abang" Jawabku.

"Jika kita tidak berjumpa dalam 2 bulan ini boleh tak? Lia terlalu sibuk dengan pekerjaan Lia."Cadang Lia kepadaku. "Kalau Lia dah cakap begitu, abang terima jer. Lagipun abang juga tengah sibuk dengan band abang. Takut takde masa untuk bersama Lia pula." Terangku kepadanya.

DUA BULAN KEMUDIAN....

"Woit...remy, kita dapat tawaran kerja lagi" Jerit Ramli secara tiba-tiba ketikaku sedang kusyuk membetulkan tali gitar elektrik. "Kau nie Ramli..cubalah bagi salam. Takde sivik betul kau nie." Marahku kepada Ramli. " Wow..tak sangka mat rock macam kau pun tau bab-bab camni yerk?" Perli Ramli.

"Dah..kau jangan nak perli-perli aku. Nanti makan gitar ini. Cepat cerita pasal tawaran yang kau cakap tadi. Kataku sambil mengacah untuk memukulnya dengan gitar. "ye..la..ye..la, aku cerita. Lagi dua minggu ada majlis perkahwinan yang memerlukan perkhidmatan kita untuk menghiburkan hadirin yang datang. Kenduri itu akan diadakan di Sepang. Mereka sanggup membayar kita RM3000. Agak besar nilai itu untuk satu persembahan di majlis kenduri.

"Wow...boleh tahan tawaran kali ini. Mana kau dapat? " Soalku kepada Ramli. "Tadi aku dapat panggilan dari abang bakal pengantin yang ingin membuat kejutan untuk majlis adiknya dengan menjemput kugiran untuk memeriahkan lagi suasana majlis. Dia dapat hubungi kita pun sebab kira-kira 4 bulan yang lepas, kawan dia pernah guna khidmat kita"

"Ooo...camtu, so majlis itu dibuat di kampung mereka la kan? Tanyaku lagi. " Masa aku sembang dengan dia tadi, dia cakap majlis itu dibuat di rumah makciknya sebab rumah mereka rumah flat. Sebab itu diorang buat majlis kat kampung sebab suasananya lebih meriah" Ok..kalau macam itu nanti kau confermkan balik dengan dia yang kita terima tawaran dia. Jangan lupa minta alamat rumah supaya senang kita cari nant" kataku kepada Ramli.

KETIKA DI MAJLIS...

"Ok geng...semuanya dah siap ke?" Tanyaku kepada member-member Black Platipus. "Semuanya dah settle. Sound semuanya OK. Dram, Bass dan gitar pun ok juga. Sekarang ini tunggu pengantin tiba sahaja" Jawab Mael, pemain Bass Black Platipus.

Sejam pun berlalu. "Ha...bunyi kompang dah semakin dekat.  Selepas ini giliran kita pula menunjukkan aksi" Kata Reza, pemain dram Black Platipus."Pengantin dah semakin hampir, mesti comel kan pengantin perempuan.Tak sabar pula aku nak kawin" Usik Mael. "Kau ini Mael..berangan jauh sangat. Kerja dah la malas. Ada hati nak kahwin pula." Perli aku sambil ketawa. Yang lain-lain juga turut ketawa.

Pasangan pengantin berjalan perlahan-lahan sambil berpegangan tangan. Pasangan tersebut berhenti tepat dihadapan Black Platipus yang akan beraksi sebentar lagi.Ketika aku mencuri-curi lihat wajah pengantin perempuan, aku tiba-tiba merasakan diriku bagaikan disambar oleh petir. Secara spontan aku menyebut nama seseorang tanpa menyedari microfon telah dipasangkan. "Dahlia..."

Pengantin yang terdengar namanya dipanggil terus melihat ke arah suara yang didengarinya tadi dan muka Dahlia juga berubah seakan-akan terkejut apabila melihatku di majlis perkahwinannya. Member-member dalam Black Platipus juga terkejut. Dahlia lantas memandang kembali kehadapan apabila diarahkan oleh jurugambar.

"Remy..kau ok tak?" Tanya Reza kepadaku. "Boleh ke kau teruskan persembahan kita?" Tanya Mael pula. "Tak perlulah dirisaukan keadaan diri aku. Aku akan bersifat profesional." Jaminan aku kepada member-member Black Platipus. Dan pada hari ini, aku bukannya telah menghiburkan orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan, malah aku juga telah menghiburkan awek aku yang kini telah menjadi isteri orang.

Hatiku merasa sakit apabila melihat kemesraan Lia bersama suaminya.Lagu-lagu yang aku nyanyikan pula seolah-olah memerli aku kembali. Semua lagu yang aku sampaikan tidak ada penghayatan dalam diri aku. Sebaik saja tamat lagu yang terakhir, aku terus pergi meninggalkan member-member Black Platipus. Mereka biarkan sahaja aku pergi kerana mereka memahami apa yang aku rasai sekarang.

Setibanya aku di kereta, aku terus menghidupkan enjin dan meninggalkan majlis tanpa aku menoleh ke belakang. Kelopak mataku mula berlinang dengan air mata. Walaupun hatiku bagaikan dihiris mata pisau yang amat tajam, namun aku gagahi juga untuk menaipkan sesuatu di telifon bimbitku untuk ku hantar kepada Dahlia Elina.

LIA..PENDERITAANKU ADALAH KEBAHAGIAANMU. AKU SANGAT SAKIT ATAS APA YANG BERLAKU HARI INI. AKU BERHARAP, AKU TIDAK AKAN BERJUMPA ATAUPUN TERJUMPA DENGAN LIA SAMPAI BILA-BILA KERANA LIA TELAH PUN MATI DALAM DIRIKU...

0 ulasan:

Post a Comment