Thursday, July 7, 2011

Majlis Anuar dan disebaliknya..

Memula sekali ucapan tahniah keatas pasangan pengantin baru. Aku doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan cepat2 menimang cahaya mata.

Anuar nie dulu memang member rapat masa sek rendah. Tapi sekolah menengah dia x sekali dengan aku. Tapi memang budak2 baik taknak masuk sekolah menengah yang aku masuk tue. sanggup sekolah jauh2 ek. Hanya pelajar yang berhati keras jer boleh masuk sekolah aku tue. ahaks~

Anuar ini pernah jadi musuh aku tapi bukan la bergaduh cuma musuh dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah Hilir Perak. Masa tue plak aku masih lagi bermain dalam posisi lama aku iaitu  penyerang dan dia pula pertahanan.

Apa yang menarik ketika majlis ini adalah kemunculan kembali Fizreey yg telah menghilangkan diri selama 12 tahun. Kemunculan kali ini dengan imej baru. hehehe..selamat kembali kawanku. Fizreey ini sekarang dah  duk kat Kuala Lipis.

Kemunculan Fizreey telah menandakan kali pertama 'geng budak nakal 1A4' berkumpul cukup 4 orang. Bila dah jumpa semula, memang teringat la zaman nakal2 masa tingkatan satu dulu. Rasa lawak jer bila sembang balik kenangan masa dulu.

 Aku, Iqa, Ila,Ekram dan Fizreey
 Erma, Anuar, isteri, Ila dan iqa
 Geng budak nakal 1A4. Aku, Fizreey, Anuar, isteri, Afif dan Ekram
Semoga kita jumpa lagi sahabatku...

0 ulasan:

Post a Comment