Thursday, July 7, 2011

wedding of the year???

Aku berkesempatan bersembang di alam maya dengan member Terengganu aku yang aku panggil dia Rosha. Dia nie bekerja di UiTM gak tapi UiTM Selayang la. Macam2 topik la kami sembang sehinggalah topik majlis perkahwinannya pada bulan september ini.

'WOW!!!' itulah ungkapan yang mampu aku ucapkan bila mendengar tentang majlis si Rosha nie. Majlis akan diadakan di Terengganu Equestrian Resort, berhampiran Masjid Terapung.Antara aturcara majlis adalah pengantin akan berarak menggunakan 3 ekor kuda. Selain itu juga, terdapat persembahan dari penyanyi Arni Nazira serta tarian kebudayaan dan juga pertunjukan silat.

Kalau ikutkan hati memang teringin sangat nak pergi ke majlis perkahwinan sebesar ini kerana ini adalah pengalaman pertama  tetapi bila fikirkan tarikh majlis yang tak sesuai dengan jadual aku. Terpaksalah aku tolak jemputan dari Rosha.

Kenapalah si Rosha nie buat majlis masa Hari Raya. Pastu aku plak sibuk dengan pendaftaran pelajar ijazah. Apa-apa pun semoga segalanya berjalan dengan lancar. Kalau Rosha sudi nanti, izinkanlah saya berkongsi gambar kenangan di blog saya ini ek? hehehe..

0 ulasan:

Post a Comment