Tuesday, February 8, 2011

Aku dan Dia...Episod 1

Rizu dan Erin telah berkenalan sejak kecil lagi kerana rumah mereka hanya berselang beberapa buah rumah sahaja. Perkenalan yang sekian lama itu telah membuat mereka menyintai antara satu sama lain. Rizu yg merupakan anak tunggal tinggal bersama ibunya. Ayahnya telah berpisah dgn ibunya semenjak Rizu kecil lagi. Rizu memang terkenal sebagai anak yg baik.

Pada suatu pagi disekolah. "Erin, PMR dah semakin hampir, apa kata malam ini kita buat stady group di rumah Rina? kawan-kawan lain pun ada juga." Kata Rizu. "Ok juga, lagipun famili Rina tue kan cikgu, pasti boleh membantu kita meningkatkan pelajaran" Jawab Erin. "Kalau macam itu, malam ini Erin tunggu saya kat simpang tiga sebab saya nak pergi surau dahulu, dalam kul 8 mlm tau" balas Rizu. "baiklah" balas Erin ringkas.

Di Surau, Rizu yang baru lepas solat Maghrib ingin terus bergegas pulang kerana tidak mahu Erin menunggu terlalu lama. Tiba-tiba Rizu terperasan yg tayar basikalnya pecah. " Alamak, mesti Erin akan lama tunggu aku kat simpang sana" Rizu berkata sendirian.

Sementara itu, Erin yg menunggu Rizu disimpang bersendirian mula merasa gelisah. "Ish.. kenapa Rizu lambat sangat? Dah la di sini gelap sangat. Cahaya bulan pun tiada" Erin mula bermonolog.

Tanpa Erin sedari, ada sepasang mata yang memerhatikan pergerakannya. Sepasang mata yg memerhatikannya dgn renungan yang tajam. Bila keadaan yg semakin sunyi dan gelap, si pemerhati mula keluar dr tempat persembunyian dan terus menerkam Erin bagaikan Sang Musang melihat si ayam dalam kelaparan.

Erin yg terkejut dgn terkaman cuba menjerit dan meronta. Tetapi malang bagi Erin bila jeritannya tidak dapat didengari. Akhirnya rontaan Erin semakin lemah. Mana mampu kekuatan Erin untuk menghalang kekuatan seorang lelaki yg telah dirasuki syaitan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rizu tiba di simpang hampir 35 minit lewat dlm keadaan bajunya dibasahi peluh. Dengan keadaan kepenatan, Rizu melihat sekeliling simpang tersebut untuk mencari kelibat Erin. Setelah memastikan yang Erin memag tiada di simpang, Rizu yang menyangka Erin pergi ke rumah Rina bersendirian terus pulang ke rumah kerana pakaiannya yang basah tidak sesuai jika terus ke rumah Rina.

Beberapa meter dari rumah, Rizu lihat rumahnya dipenuhi orang. Rizu juga melihat Erin dalam keadaan menangis. Ayah Erin pula berada dlm keadaan marah. Setelah masuk ke halaman rumah, ayah Erin yg ternampak Rizu terus mendekati Rizu lalu melepaskan satu tumbukan yang hinggap tepat di pipi kiri Rizu.

"Apa yg Rizu dah buat kat anak pakcik? Pakcik percaya kepada Rizu, pakcik anggap Rizu macam anak pakcik sendiri tapi ini balasan yg Rizu beri kat Pakcik?" Ayah Erin melepaskan perasaan amarahnya terhadap Rizu. Rizu yang terpinga-pinga terus membalas " Apa yg saya dah buat terhadap Erin? saya tak faham apa yg pakcik maksudkan..!!" Jawapan Rizu itu dibalas dengan sekali lagi tumbukan oleh ayah Erin.

"Rizu cakap tak tau apa-apa? Tadi Erin balik dari simpang dengan keadaan pakaiannya yang koyak sambil menangis. Erin bagi tau pada pakcik yang Rizu telah memperkosanya" kata Ayah Erin dengan nada yang menengking. "Pakcik tak boleh tuduh saya tanpa bukti. Saya baru balik dari surau, masakan saya nak mengapa-apakan Erin. Lagipun takkan Erin tak nampak sama ada saya atau bukan yang memperkosanya?" Rizu mempertahankan dirinya.

"Bukti Rizu cakap? Hanya Rizu jer yang tau Erin berada di situ. Rizu yang keadaan sekarang ini baju basah bukan ke terjatuh di lopak air masa hendak melarikan diri. Memang Erin tak nampak perlakunya kerana keadaan disitu memang gelap tapi dengan bukti yang ada telah menunjukkan Rizulah perlakunya." Gertak Ayah Erin.

"Kalau nak diikutkan hati, pakcik sumbat Rizu ke penjara tetapi pakcik kasihan dengan emak Rizu yang keseorangan. Macam ini la.., pakcik harap Rizu dengan emak Rizu dapat keluar dari kg nie dengan secepat mungkin. pakcik tidak mahu anak-anak dara yang lain jadi mangsa Rizu." Tambah ayah Erin.

Rizu menangis kerana diperlakukan sebegini tanpa usul periksa. Tambah memilukan lagi hati Rizu apabila emaknya menangis kekecewaan. Erin dengan keluarganya serta orang ramai terus bersurai meninggalkan Rizu dan emaknya.

Rizu pergi mendapatkan emaknya sambil meraung kesedihan. "Mak..Rizu tak buat benda terkutuk itu. Mak..percayalah kat Rizu. Rizu memang tak buat. Emaknya yang sebak terus menjawab "Takpelah Rizu, mak tahu Rizu tak buat. Mak kenal sangat dengan anak emak. Mungkin orang dah tak suka kepada kita lagi kerana kita orang susah. Mungkin dah tiba masanya kita keluar dari kg ini'.

Keesokan harinya, Rizu dan emaknya bergegas keluar dari rumah yang telah mereka duduki selama 15 tahun ke arah yang tak diketahui oleh orang kampung...

0 ulasan:

Post a Comment