Pertemuan di bandar semakin merapatkan hubungan Erin degan Wan. Erin merasa bahagia bila bersama Wan. Dia rasa bagaikan perasaan cinta yang telah lama hilang di hatinya muncul kembali. Tetapi dia tidak pernah meluahkan perasaanya terhadap Wan. Dia rasa biarlah dia menyintai Wan secara tersembunyi. Lagipun dia tidak mengetahui apa perasaan Wan terhadapnya pula.
Walaupun mereka agak rapat, namun Erin masih tidak dapat mengetahui tentang diri Wan. Nama sebenar Wan pun tidak diketahuinya. Begitu juga tentang keluarga dan asal usul Wan. Kekerapan Wan berkunjung ke klinik juga memberi tanda tanya kepada Erin. Pernah Erin bertanya tetapi jawapan yang Wan bagi adalah " Percayalah Erin yang satu hari nanti, Erin akan mengetahui semua rahsia saya. Bersabarlah kerana ia pastinya akan memberi kejutan. So saya harap Erin dapat menunggu saat tersebut".
Tiga tahun kemudian.
"Kenapa aku tengok kau macam risau je? Dari tadi asyik cuba hubungi seseorang" Tanya Wanie apabila melihat Erin begitu gelisah di dalam kelas."Aku cuba hubungi Wan tapi tak dapat. Dah 2 minggu aku gagal hubungi dia. Risau juga aku" Jawab Erin dengan agak cemas. "Mungkin handset dia rosak kot, kau cuba la hubungi sesiapa yang mengenalinya" Cadang Wanie. "Aku tak tau tentang kawan-kawan dan famili dia. Dia telah merahsiakan atas sebab tertentu yang aku sendiri kurang pasti" kata Erin. "Kau tidak mencarinya di rumah sewa dia?" tambah Wanie. "Dia tidak mahu aku mengetahui banyak tentang dirinya termasuk rumah sewanya" balas Erin.
Setelah tamat kelas. Erin pergi keseorangan mencari Wan di bandar dengan menggunakan motorsikal kawan baiknya, Shaz. Segala jenis jalan dan lorong dicarinya tetapi gagal menemui Wan. Dah puas matanya melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Wan. Tiba di satu simpang, Erin yang sedang sibuk mencari Wan, tidak menyedari sebuah kereta menuju ke arah simpang tersebut. Erin yang tidak berhenti di persimpangan tersebut telah dilanggar oleh kereta tersebut. Erin mengalami kecederaan yang agak parah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Doktor, bagaimana dengan anak saya?" Tanya ayah Erin setelah melihat doktor keluar dari bilik pembedahan. "Anak encik mengalami cedera yang agak parah. Dia berkemungkinan buta, manakala hati dan buah pinggangnya rosak hasil kesan dari kemalangan" kata doktor dengan nada hiba."Ya..Allah anak aku" ayah Erin berkata sambil menangis. " Macam ini la encik, sebenarnya masih ada peluang untuk anak encik hidup seperti biasa tetapi mesti ada penderma organ yang sudi untuk membantu anak encik di waktu yang terdekat ini." tambah doktor tersebut.
Dua minggu kemudian, doktor yang merawat Erin menghubungi ayah Erin" Hello..assalamualaikum, ini encik Zainal ke? "Waalaikummussalam...ya..saya Zainal. Siapa yang bercakap disana?" Soal Ayah Erin. "Saya doktor yang merawat anak encik Zainal. Ada berita baik untuk encik Zainal sekeluarga" kata doktor tersebut. "Apa berita tersebut?" tanya ayah Erin dengan pantas. " Ada seorang pemuda yang bersedia mendermakan organnya kepada anak encik Zainal" doktor memberi penerangan. "Alhamdulillah..syukur kepada Allah." Kata ayah Erin sambil menadah tangan.
"Pembedahan dijangka lagi 3 hari" kata doktor tersebut. " oh... tapi boleh saya tahu siapa yang sudi mendermakan organ untuk anak saya?" Tanya ayah Erin. "Sebenarnya pemuda tersebut mahu merahsiakan identitinya. Hanya selepas pembedahan berjalan dengan lancar dan anak encik Zainal sedar, baru kami akan beritahu identitinya. itulah permintaannya"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua minggu selepas kejayaan pembedahan permindahan organ berjaya, Erin yang semakin pulih bertanya kepada ayahnya tentang identiti penderma organ yang telah menyelamatkan nyawanya. Ayahnya kemudian memanggil doktor yang merawatnya. Doktor datang sambil membawa beberapa dokumen.
"Pemuda yang menderma organ itu sebenarnya sudah lama terlantar sakit disini. Hari itu semasa ibunya melalui wad ini, ibunya terdengar perbualan antara saya dengan encik Zainal, lalu menceritakan kepada anaknya. Anaknya yang mendengar berita dari ibunya terus membuat keputusan untuk mendermakan organnya kerana dia merasakan dia tidak memerlukannya lagi. Malah ibu dan pemuda tersebut mengenali encik Zainal sekeluarga. Pemuda itu juga berkata yang beliau satu Universiti dengan anak encik Zainal" terang doktor dengan panjang lebar.
"Mereka kenal kami sekeluarga dan pemuda tersebut sama tempat belajar dengan Erin? Tanya ayah Erin sambil memandang Erin. Dahi Erin juga berkerut kerana memikirkan siapa yang telah mendermakan organ kepadanya. "Doktor tersebut tersenyum kepada Erin sambil bertanya kepada Erin " Awak ada kawan bernama Wan kan? Dialah yang telah mendermakan organ kepada awak".
Kenyataan tersebut telah mengejutkan Erin. Orang yang dia cinta dalam diam sanggup berkorban deminya. Erin terus menagis. Kemudian Erin memandang doktor sambil bertanya dalam teresak-esak" Jika Wan mengenali saya kerana satu universiti, bagaimana ibu Wan juga boleh mengenali saya dan keluarga? "Saya rasa lebih baik awak semua bertanya sendiri pada ibunya. Nanti saya panggil ibunya" balas doktor tersebut
15 minit kemudian. " Assalamualaikum encik Zainal sekeluarga." Sapa satu suara yang memotong perbualan Erin dan keluarganya. Pandangan mereka menghadap kepada tuan empunya suara dan mereka semua terkejut. Didepan mereka adalah puan Halimah yang mereka pernah halau 13 tahun dahulu. Doktor yang datang kemudiannya terus berkata "Makcik inilah ibu kepada Wan yang baik hati itu"
Bagaikan petir memanah kepada dada Erin bila mendengar khabar yang mengejutkan itu. "Maknanya Wan yang saya kenal dua-tiga tahun ini adalah...." Kata-kata Erin terputus. " Ya.. Erin, Wan yang satu universiti dengan Erin itu adalah Rizu yang Erin kenal waktu kecil dahulu" kata Puan Halimah. Erin semakin kuat menangis. Ayahnya sekeluarga juga menangis kerana tidak menyangka orang yang pernah mereka halau dahulu telah membalas dengan jasa baik yang tidak dapat dibalas oleh mereka sekeluarga.
"Rizu mana Limah, tak ikut sekali datang melawat Erin ke? tanya ayah Erin. "Sebenarnya Rizu dah pun meninggal dunia beberapa hari sebelum pembedahan pemindahan organ dilakukan. Rizu menghidapi penyakit lukemia. Dia tau yang dia tidak akan hidup lebih lama lagi, sebab itu dia mendermakan organnya kepada Erin" kata puan Halimah sambil menangis.
Erin sekeluarga bertambah sedih atas apa yang berlaku. Erin yang paling sukar untuk menerima kenyataan bahawa Wan yang dicintai dalam diam adalah Rizu yang juga kekasihnya pada satu masa dulu. Tambah menyedihkannya Wan telah meninggalkannya untuk selamanya dengan memberi segala jawapan yang Erin sering tertanya-tanya dulu.
Tuesday, February 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment