Tuesday, February 8, 2011

Bertemu Keluarga..

'Esok ada majlis kenduri di kampung.. jemputlah datang' Itulah ayat dari Zue pada 24 Dis 2008. Bagaikan org ngantuk di sorong bantal, aku terus berminat untuk pergi ke Kg Zue. Lantas aku bertanyakan lebih lanjut mengenai lokasi rumah dan balasan dari Zue mmg betul2 mencabar.

"Ini alamatnya dan sila cari sendiri bagaimana nak ke situ. Untuk pengetahuan, tiada papan tanda menuju ke situ serta tiada rangkaian telifon disana" Aku sambut cabaran tue dengan berkata " Saya akan sampai selewatnya sebelum Zohor. Andai saya gagal sampai, jangan panggil saya Fadzil"

Malam tue memang aku tido tak lena. Selalu sangat terjaga. Rasa risau dalam diri ini. Maklumlah ini pertama kalinya aku ingin berjumpa dengan famili Zue.Jumpa pula di Kg. Dah tentu ramai sedara mara yang aku kna hadapi utk kali pertamanya.

Dan pada 25 Dis 2008 itu, aku selamat sampai ke kg Zue kira2 jam 10.30 pagi. Lebih awal dari jangkaan. Aku nie memang jenis suka travel. So rasanya memang takde masalah sangat nak mencari lokasi sesuatu tempat. Masa mula-mula sampai memang rasa gugup lebih-lebih lagi bila bahasa rasmi di sana adalah bahasa Negeri Sembilan.

Seronok dapat datang ke sana serta dapat mengenali sanak saudara Zue. Petang itu sempat juga pergi mandi sungai. Sebelum balik, sekali lagi aku dijamu dengan makanan dan antara yang aku tak boleh lupa bila Zue memaksa aku memakan daging kambing yang selama ini aku tak pernah makan pun. Semuanya ketawa bila Zue suruh aku makan gak daging kambing.

Semasa dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan sangat lebat sehinggakan langsung tak nampak kenderaan hadapan. Dah la aku tak tau jalan kerana waktu balik aku follow kereta Zue. Tapi alhamdulillah dua2 selamat tiba.

0 ulasan:

Post a Comment