Tuesday, February 8, 2011

Aku dan Dia...Episod 2

10 tahun telah berlalu, segala kenangan lalu telah dilupakan oleh Erin yang kini menuntut di sebuah IPTA dlm bidang perniagaan. Kehidupannya setiap hari hanyalah bergelumang dengan pelajaran. Tiada lagi istilah cinta dalam hatinya. Bukan kerana kisah hitamnya yang mengganggu fikirannya tetapi kesalahannya terhadap Rizu masih berbekas di hatinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10 tahun yang lalu, beberapa hari selepas Rizu dan maknya keluar dari kg tersebut.

Pada suatu malam, seorang penduduk kg telah dtg kerumah Erin. " Erin, ayah ada di rumah?" tanya penduduk tersebut."Ayah ada kat rumah, sekejap ya saya panggil ayah" jawab Erin lalu meninggalkan muka pintu untuk memanggil ayahnya.

"Ha.. engkau ke Seman. Kenapa datang waktu malam nie? Cemas jer aku tengok." Kata ayah Erin setelah melihat Seman dlm keadaan kepenatan. "Tadi anak pak Daud kena perkosa di hujung kg" Seman memulakan cerita. "Apa? ada lagi anak dara kg nie yg diperkosa, bukan ke kita dah halau Rizu keluar dari kg ini?." kata ayah Erin. "Kali ini kita dapat tangkap lelaki tersebut. Kebetulan masa kejadian, anak Pak Karim dengan kawannya lalu di situ dan terdengar jeritan. Lelaki tersebut ada kat rumah ketua kg. Teruk juga kena belasah" tambah Seman lagi.

Ayah Erin rasa terkejut dan mula memikirkan sesuatu. Setelah agak lama mendiamkan diri, ayah Erin berkata" Jadi, adakah orang yang sama memperkosa anak aku?". "Kami dah soal siasat dia dan dia mengaku ada memperkosa seorang gadis di simpang beberapa hari lalu" Jawab Seman. "Nampaknya kita semua telah menghukum Rizu dengan membabi buta. Rizu..maafkan pakcik" kata ayah Erin sambil tertunduk penyesalan kerana menghukum orang yg tidak bersalah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hai Erin..jauh mengelamun. Ingat kat pakwe ke?" Kata Syaz sambil menepuk bahu Erin. Erin yang terjaga dari lamunan terus berkata" Ish..kau ini Shaz, suka sangat menyakat aku. Aku mana la ada pakwe. Lagipun aku nak tumpukan pada pelajaran aku" Erin memberi penjelasan kepada Shaz. "Kalau tak sebab pakwe, yang kau mengelamun jauh dlm library ini buat apa? Kita datang sini nak cari maklumat, bukannya nak layan perasaan" Shaz mula membebel. "Mungkin aku lapar kot. Jom kita pergi makan di cafe" Balas Erin pantas agar Shaz tak bertanya apa-apa lagi.

"Itulah kau, bila aku mula nak bagi ceramah sikit, laju je kau potong" kata Shaz. " He..he.. kau kalau ceramah memang tak pandai nak berhenti" jawab Erin sambil ketawa. "Ceh..mengada-ngada kau ini. Oklah jom kita pergi ke Cafe. Tapi aku dah muak la asyik makan di cafe fakulti kita je. Apa kata Kita pergi makan di Cafe Fakulti Kejuruteraan. Di situ ramai student lelaki. Untung-untung ada yang terpikat dengan kau, so tak perlu kau nak mengelamun lagi" Cadang Shaz sambil memerli Erin. " Kau kalau sehari tak usik aku, memang tak sah kan? tak kisah la nak makan kat mana, janji perut aku berisi" Kata Erin.

Setibanya di cafe, "Erin, kau duduk di tempat yang kosong dulu, biar aku beli makanan. Nanti kalau kita berdua beli makanan, takut tiada tempat kosong pula" Cadang Shaz. " Oklah, kau pergi beli dulu, aku tunggu kau di tempat duduk yang tepi tangga itu" Kata Erin sambil menunjukkn jarinya ke tempat duduk yang kosong. "Ok" jawab Shaz ringkas.

15 minit kemudian Shaz tiba dgn makanannya. " Ish..kau ini pergi beli makanan pun lambat. Kau beli makanan atau kau pergi mengorat pakwe-pakwe di sini?" Giliran Erin pula mengusik. "Aku teringin nak makan nasi goreng USA di gerai hujung itu tetapi ramai pula yang membeli. So aku kena la tunggu giliran" Shaz memberi alasan. " Oklah, kau pula jaga tempat ini, aku nak pergi beli makanan pula" kata Erin sambil bangun meninggalkan Shaz.

Oleh kerana malas nak berjalan jauh dan menunggu giliran, Erin hanya pergi ke gerai yang terdekat dan membeli mee kari. Setelah membeli mee kari dan air, Erin pun berjalan ke tempat duduk. Ketika tempat duduk hanya tinggal beberapa langkah, entah bagaimana Erin terjatuh dan mee kari yang dibawa pula tercampak dan kena tepat di baju seorang pemuda. Habis baju putih pemuda tersebut dipenuhi dengan kesan kari.

Shaz yang nampak kejadian tersebut terus menolong Erin bangun, kemudian mereka pergi ke arah pemuda yang duduk keseorangan. Didepan pemuda tersebut, Erin tertunduk malu dan takut sehinggakan tak keluar sepatah kata dari mulutnya. Erin pasti yang dia akan dimarahi oleh pemuda tersebut.

0 ulasan:

Post a Comment