Tuesday, February 8, 2011

Biarkan Aku Menangis..

"Kefli..sudahlah tue, sudah lewat petang nie. Takkan kau nak duduk di kubur Ina sampai ke malam?" Suara ibu memecah kesunyian di tanah perkuburan itu. Tanpa menjawab pertanyaan ibunya, Kefli bangun sambil mengesat air matanya. Terasa baru sahaja dia menjadi seorang suami kepada insan yang amat dicintainya tetapi kini dia keseorangan.

"Aku terima nikahnya Nur Zarina Natasya Binti Abdul Majid dengan mas kahwinnya RM500" Kefli masih lagi teringat ungkapan yang dia lafazkan di hadapan tok kadi yang menikahkannya. Henjutan tangan tok kadi tersebut masih lagi dirasainya. Kehangatan dahi Ina ketika kali pertama Kefli kucup juga masih lagi terasa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Abang.. lagi dua bulan kita akan bernikah, abang yakin nak teruskan juga?" Tanya Ina kepada tunangnya Kefli. "Kenapa Ina tanya soalan macam itu?" soal Kefli kembali. "Ina takut kita tidak sempat diijab kabulkan" "Ina jangan macam itu. Walau apa pun yang akan terjadi, Ina akan abang jadikan isteri. Cinta abang terhadap Ina tidak pernah berubah.

" Tapi abang...penyakit Ina makin teruk. Ina takut andai Ina menjadi isteri abang, Ina tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada lelaki yang Ina amat cintai." " Ina.. ajal maut bukan urusan kita. Biarlah Allah yang tentukan. Kita sebagai hambanya perlu redha apa yang telah ditentukan olehNya."

Setahun yang lalu..

"Bagaimana dengan penyakit tunang saya?" Tanya Kefli kepada doktor. "Nampaknya penyakit barah hati tunang awak dah semakin kritikal " Kata doktor. Jawapan itu telah menggoncangkan jantung Kefli dan Ina. " Abang.. Ina takut. Ina tak nak tinggalkan abang di saat-saat kita sedang menuju gerbang bahagia" Kata Ina sambil menangis.

"Ina kena kuatkan semangat. Kata-kata doktor hanyalah berdasarkan teori. Tiada manusia yang boleh menentukan ajal maut seseorang" Kefli memberi kata-kata semangat kepada tunangnya. " Ina minta maaf kerana sudah menyusahkan abang" " Ina tidak pernah menyusahkan abang, malah abang sendiri sanggup buat apa saja demi Ina"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setibanya di rumah setelah pulang dari tanah perkuburan, Kefli terus masuk ke bilik tanpa bertegur sapa dengan orang -orang yang berada di rumahnya. Ibunya yang melihat gelagat Kefli segera menemui suaminya lalu berkata " Saya risau tengok keadaan Kefli.. dah seminggu Ina pergi tetapi Kefli tetap terus macam itu" " Biarlah Kefli tenangkan fikiran dulu. Kita kena beri dia masa. Apa yang berlaku memang terlalu berat untuk dia terima " Terang ayah Kefli.

Seminggu yang lalu..

Bacaan doa dilakukan setelah Kefli dan Ina telah selamat disatukan. Ketika sesi bergambar di atas pelamin yang indah, Ina berbisik kepada Kefli " Terima Kasih kerana menjadikan Ina sebagai isteri. Ina ingin meminta ampun dan maaf atas segala salah silap Ina. Halalkan makan minum Ina di sepanjang kita mengenali antara satu sama lain." Kefli yang terkejut dengan bisikan Ina terus bertanya " Kenapa Ina minta maaf dengan abang secara tiba-tiba? Ina memang tidak pernah melakukan kesalahan terhadap abang."

Ketika pasangan pengantin baru ini sedang makan bersama-sama dengan ahli keluarga, Ina sekali lagi berbisik kepada Kefli " Abang jangan lupakan Ina tau. Selalu doakan Ina di sana.." Sekali lagi Kefli terkejut dengan kata-kata Ina. "Kenapa Ina cakap macam itu?" Soal Kefli tetapi hanya dijawab dengan senyuman oleh Ina.

Ketika lewat petang, sedang Kefli dan Ina berbual-bual dengan saudara mara yang masih lagi belum pulang, Ina secara tiba-tiba telah memuntahkan darah yang banyak lalu pengsan di pangkuan Kefli. " Ya..Allah, kenapa dengan Ina?" Kefli terkejut dengan apa yang sedang berlaku. "Abang Kefli.. abang dukung Kak Ina masuk dalam kereta. Kita bawa kak Ina ke hospital segera" Kata adik iparnya, Sazali.

Kefli mengangkat tubuh Ina lalu menuju ke arah kereta yang telah siap sedia untuk ke hospital. Walaupun Ina masih tidak sedarkan diri, darah masih lagi keluar dari mulutnya. " Ina..kuatkan semangat. Kita sedang menuju ke hospital. Jangan tinggalkan abang. Kita kan dah berjanji ingin membina keluarga yang bahagia bersama-sama. " Kata Kefli teresak-esak smbil memangku Ina di tempat duduk belakang.

Setibanya di hospital, Ina terus di bawa ke wad kecemasan. Kefli dan Sazali menunggu di luar wad kecemasan sambil tidak henti berdoa. Air mata Kefli terus mengalir laju. Beberapa minit kemudian, keluarga dan sanak saudara mula memenuhi ruang menunggu di luar wad kecemasan itu. "Bagaimana dengan keadaan Ina?" tanya mereka yang baru sampai di ruang menunggu. " Doktor tengah berusaha di dalam.." Kata Kefli lemah.

4 jam kemudian..

Seorang doktor keluar dari bilik kecemasan dan terus menuju ke arah orang ramai yang sedang menunggu di luar wad kecemasan. "Minta maaf..kami dah berusaha sedaya upaya tetapi Allah lebih menyayanginya" kata doktor tersebut. Kefli yang terkejut dengan berita yang dismpaikan terus sahaja pengsan.

"Abang..jangan ditangisi pemergian Ina. Terima Kasih atas segala-galanya. Ina amat menyintai abang sepenuh hati. Ina akan menanti abang disana...""Ina....jangan tinggalkan abang...!!!" jerit Kefli lalu tersedar dari pengsan. Kefli terus segera bangun lalu menuju ke wad kecemasan yang terletaknya jasad Ina. Sambil memegang dan mencium tangan Ina, Kefli berkata " Abang juga amat menyintai Ina. Tunggu kedatangan abang disana... Cinta dan kasih sayangmu tiada galang gantinya" Kefli terus menangis...

0 ulasan:

Post a Comment