Semasa aku dan Zue membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang, kami telah memikirkan beberapa tarikh yang sesuai. Ada beberapa tarikh yang telah kami cadangkan dan akhirnya kami dapat satu tarikh yang sesuai.
Tarikh ini dipilih kerana tarikh ini berada di tengah-tengah antara tarikh hari lahir aku dengan Zue. Selain itu juga ianya jatuh pada cuti persekolahan yang pastinya memudahkan orang ramai menghadiri ke majlis kami.
Setelah aku dengan Zue dapat tarikh yang sesuai, maka sesi perbincangan antara pihak keluarga aku dan keluarga Zue pun bermula. Dan kata sepakat telah ditemui yang majlis perkahwinan akan diadakan pada 5 Jun 2010.
Tuesday, February 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment