Tuesday, February 8, 2011

Dari mata turun ke hati


Tanggal 1 November 2007 b'samaan hari Khamis adalah hari yg m'beri seribu erti buat aku krn di tarikh inilah aku mengenali isteriku tercinta. Masihku ingat lagi saat2 manis ketika itu.

Ketika itu masih lagi di awal musim perayaan Aidilfitri. Lagu2 raya berkumandang di corong speker komputer di pejabat.Org2 kat pjbt pun masih ramai lagi yg bercuti. Mmg btl2 raya sakan la diorg ini. Aku plak masa nie mmg xdelah cuti raya sgt coz aku pun baru sahaja bekerja di UiTM.

Walaupun suasana raya masih lagi terasa namun aku masih lagi kebosanan kerana hnya segelintir sahaja yg bekerja manakala aku plak masih tidak mengenali ramai staf .

Sedang aku melayan perasaan di ruang legar kaki pejabat, tiba2 muncul seorg gadis lantas aku sapa gadis tersebut lalu kami berbual mesra bagaikan telah lama mengenali walaupun baru sahaja kenal. Dan yg pastinya aku telah jatuh cinta pandang pertama terhadapnya.

Jika sblm nie aku hnya mndapat cerita tentang cinta pandang pertama yg aku sndri kurang percaya krn blh ke jatuh cnta dgn cara begitu dan kini aku sndri telah mengalami perasaan tersebut. Aku lihat dia ketika itu tersgtlah comel sehingga aku merasa seronok bila memandang wajahnya.

Semenjak dari perkenalan singkat tersebut, kami akan bertegur sapa bila terjumpa dan yg pastinya aku takkan lepaskan utk menatap wajahnya yg comel itu...

0 ulasan:

Post a Comment